top of page
Search

Penanggal Di Punggol

Salam KC,


Nama saya Sarinah. Saya ingin ceritakan pengalaman ringkas saya tentang terlihat makhluk penanggal. Saya tidak sangka makhluk ini boleh ada di kota serba moden seperti Singapura kerana sangkaan saya makhluk ini selalunya dikaitkan dengan kawasan perkampungan.


Saya terima khabar berita tentang penjelmaan makhluk ini dari penduduk di kawasan kejiranan rumah saya semasa menghantar anak saya ke sekolah. Mereka mengadu sesama sendiri dan berbual tentang gangguan kepala terbang yang mereka alami pada waktu malam. Pada mulanya saya memang tidak percaya. Maklumlah zaman moden sebegini, mana ada benda-benda macam ini? Hinggalah pada satu malam, saya sendiri mengalaminya.


Malam itu saya seorang diri di rumah kerana suami saya bekerja syif malam. Kejadian yang menimpa saya terjadi sekitar 12 lebih tengah malam apabila saya sedang baring di sofa menunggu rancangan kelolaan KC di radio dulu. Ketika itu saya terdengar bunyi ketukan di tingkap. Pada mulanya saya sangka ia datang dari efek bunyi dari radio yang KC sering putarkan.


Rupanya KC belum pun mulakan rancangan di radio kerana seingat saya KC selalunya mula bercerita setelah memutarkan tiga lagu secara serentak. Bunyi ketukan itu datang dari tingkap bilik saya. Bila saya masuk saya ternampak seperti seekor burung sedang terbang ke hulu dan ke hilir. Apabila saya lihat dengan jelas, rupanya ia merupakan kepala yang sedang terapung-apung di luar tingkap bilik saya!


Malam itu terus saya hilang perasaan untuk mendengar rancangan KC di radio. Masuk bilik anak dan tidur dengan anak saya. Apabila saya kongsikan cerita ini dengan ibu bapa yang saya jumpa di sekolah anak-anak, ada yang menyampaikan mungkin makhluk ini dari kawasan pantai Punggol, di mana kawasan pantai itu dahulu dijadikan tempat askar Jepun memenggal kepala mangsa Perang Dunia Kedua yang ingkar dengan perintah mereka ataupun pengkhianat pada pengamatan mereka.


Yang berkongsikan kisah ini juga berkata ramai pemancing ikan di kawasan pantai Punggol ini dahulu telah diganggu dengan penjelmaan makhluk penanggal ini.


Terima kasih,


Sarinah

274 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page