top of page
Search

Pengalaman Di Sekolah Menengah (Bahagian Kedua)

(Kisah bersambung dari bahagian pertama semalam...)


Pengalaman yang saya lalui semasa saya melaksanakan Qiyamullail (solat sunat di sepertiga akhir malam) dengan kawan-kawan. Waktu itu memang musim cuti, kami dah awal-awal merancang hendak buat. Di sebelah asrama kami ada sebuah masjid. Jadi setiap hari juga kami ke sana untuk melaksanakan solat. Kami berpakat hendak berkumpul beramai-ramai di masjid pada jam 10 malam.


Bila semua dah ada, kami pun melakukan bermacam aktiviti, ada yang bermain dengan telefon bimbit, ada yang malksanakan solat sunat, ada juga yang makan dan sebagainya. Tiba-tiba saya terasa hendak pergi ke tandas. Melihatkan kawan-kawan yang lain asyik dengan aktiviti mereka, saya tidak mengajak sesiapa menemani saya ke tandas. Untuk pengetahuan semua, sekolah kami bersebelahan dengan satu lagi blok sekolah kerajaan. Kami dibenarkan untuk menggunakan tandas di bangunan blok sekolah tersebut.


Sampai di tandas itu, saya terus masuk ke dalam satu kubikel dan buat apa yang patut. Semasa saya sedang melepaskan hajat, kedengaran bunyi siulan yang agak sayup. Mula-mula jauh tapi siulan ituse makin dekat dan dekat. Saya pada mulanya tidak endahkan kerana mungkin ada orang yang masuk. Kemudian bulu roma mula meremang seluruh badan. Lantas saya cepat-cepat basuh dan keluar. Yang seramnya, semasa saya buka pintu kubikel tandas itu, kedengaran seperti orang yang tadi itu pun membuka pintu kubikel yang lain.


Saya terus pandang tetapi tidak nampak apa-apa disebabkan terhalang dengan pintu. Saya dah mula naik takut, terus lantas tutup pintu tandas itu dan keluar. Semasa berjalan hendak keluar dari tandas itu, siulan tadi kedengaran lagi! Kali ini siulan itu bukan dalam tandas tetapi kedengaran di atas atap. Saya berjalan dan bunyi tadi terus berhenti sebaik saja saya melepasi tembok dan atap. Dah mula rasa seperti ada benda pelik. Lantas saya berhenti dan dalam kurang 2m, saya toleh ke belakang.


Ya Allah, sumpah saya tidak bohong, saya nampak ada makhluk seperti seorang budak. Makhluk itu mencangkung di atas bumbung sambil merenung ke arah saya. Matanya putih dan mukanya pucat. Paling ngeri kepalanya seolah-olah terbelah dan ternampak isi. Memang tak payah cakap betapa seramnya ketika itu. Budak atau makhluk tadi mula mengeluarkan suara seperti mengerang. Saya pun lantas buka kaki langkah seribu.


Mujurlah masjid dengan tandas berhadapan saja. Ketika berlari, saya dapat rasakan benda itu lari mengejar dari belakang. Sampai di kaki lima masjid terus lari naik tangga dan pergi mendapatkan teman-teman yang lain. Semua terkejut dan cuba tenangkan saya yang sedang tercungap-cungap kerana kepenatan. Begini perbualan di antara saya dan teman-teman yang lain:


Irfan: "Eh Fikry kau dah kenapa ni lari?" Saya hanya terdiam kerana rasa takut dan tergamam. Harith: "Ni mesti kena kejar hantu ni... Hahaha..." Harith menyampuk sambil ketawa. Saya memandangnya dengan wajah serius. Setelah tenangkan diri, saya berkata, "Tak adalah. Aku tadi pergi tandas tetapi selepas itu..."


Belum sempat habis bercakap si Irfan terus memotong, "Kau pergi tandas kat sana tu eh?" Saya hanya mengangguk dan berkata, "Ya! Aku pergi tandas sana. Tiba-tiba terasa seperti ada benda pula di sana. Seram!" Irfan memandang saya tanpa sebarang reaksi. Tidak macam kawan lain. Ada yang ketawa, ada yang tidak percaya tapi ada jugalah yang takut. Terus Irfan berkata, "Patutlah kau macam ni. Kau kena kejar kan?" Saya dengan rasa hairan menjawab, "Ah ah, eh macamana kau tahu?"


Lalu Irfan cerita kan perkara yang kami tidak tahu dan terkejut mendengarnya. Bulu roma saya yang meremang tadi mula naik. Irfan menceritakan yang dulu, ada seorang budak sekolah itu, tidak pasti namanya tetapi budak ini memang suka bersiul. Di mana tempat pun dia akan bersiul. Dia juga suka pergi ke tandas pada setiap malam selepas jam 10 malam. Pada satu hari, berlaku kemalangan pada budak ini.


Ketika tidur di bilik asramanya, budak ini tidur di tingkat atas katil dua tingkatnya.Semasa dia terbangun dan dalam keadaan yang separuh sedar untuk pergi tandas, nasibnya tidak baik kepalanya terkena bilah kipas yang laju betul-betul di atasnya. Dia terjatuh dan meninggal dunia di situ. Sejak itu Irfan berkongsi, laluan itu seringkali pelajar akan ternampak si arwah. Tandas itu pula memang dahmenjadi tempat dia. Sebab itu mereka dah berpesan supaya jangan pergi dan guna tandas itu selepas jam 10 malam. Sebab budak itu akan datang selepas jam 10 malam.


Ada banyak juga gangguan sebegini yang berlaku. Tiap malam pasti ada yang akan diganggu dengan bermacam jenis makhluk di situ. Ada yang ternampak tengkorak di sekitar sekolah, ada yang ternampak Bala-Balan dan pocong dan bermacam-macam lagi.


(Bersambung...)

301 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page