top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Pengalaman Ibu Bapa di Hospital Ripas

Assalamualaikum KC,


Saya Izam daripada Brunei Darussalam. Cerita misteri ini mengenai pengalaman ibu dan bapa saya sendiri sewaktu kelahiran saya. Kejadian ini berlaku dekat Hospital Ripas. Ibu memberitahu pada waktu itu saya akan menangis tidak berhenti-henti pada waktu Maghrib sampaikan ibu dan bapa saya berusaha mencari seorang ustaz untuk berubat.


Dipendekkan cerita, ada diceritakan yang di dalam bilik wad persalinan di tempat saya dilahirkan pernah terjadi satu kejadian di mana seorang ibu pernah meninggal dunia di sana semasa melahirkan anak. Seterusnya lagi, bapa saya juga ada menceritakan pengalamannya sewaktu kelahiran saya, di mana semasa bapa saya menunaikan solat Subuh dekat surau di Hospital Ripas dan pada waktu itu hanya dia seorang diri.


Ketika bapa saya selesai menunaikan solat di dalam surau lalu mengakhirinya dengan bacaan wirid, bapa saya memberitahu yang dia berada di ruang belakang tidak berjauhan dari tempat hendak keluar. Pada masa itu dia seolah-olah terdengar bunyi air di tempat berwudhu dan di dalam fikiran bapa saya, mungkin ada jemaah lain hendak berwudhuk untuk menunaikan solat Subuh ketika itu. Bayangkan, selang beberapa saat sahaja, lalu bapa saya pun terdengar bunyi air itu berhenti dan ada bunyi tapak kaki seperti ada yang menuju ke pintu masuk masjid tetapi yang peliknya, seorang jemaah pun tidak ada yang masuk atau lalu di luar surau.

Terima kasih dan Assalamualaikum!

1,916 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page