top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Perempuan Menangis Di Belakang Rumah

Selamat malam KC,


Saya Fiona berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Saya sangat suka dengan rancangan ini dari tahun 2016. Saya ingin berkongsi sebuah kejadian yang berlaku di belakang rumah saya pada tahun 2009. Ketika Itu saya berusia dua belas tahun. Kejadian ini berlaku sekitar jam 1.05 pagi. Waktu itu saya terbangun kerana terdengar suara perempuan menangis dengan suara yang sayup sangat sangat diikuti dengan suara anjing menyalak di belakang rumah.


Suara anjing juga seperti sedang menangis. Panjang suara perempuan itu menangis. Maaf ya susah mahu jelaskan bagaimana suara dia menangis pada masa itu. Saya mahu juga lihat melalui tingkap. Bilik saya pada masa itu ada satu tingkap dan berlangsir yang menghadap ke belakang rumah saya. Ketika itu ayah dan ibu sedang tidur, saya pula berkongsi bilik dengan seorang adik lelaki yang berusia tujuh tahun.


Adik saya juga terbangun apabila terdengar suara tangisan itu. Dia peluk saya dan bertanya, "Kakak, siapa yang menangis tu?" Saya cuma menyuruhnya diam. Saya lihat muka adik pada masa itu pucat sangat kerana takut. Saya pun beritahu adik saya supaya tunggu sebentar sementara saya mahu lihat belakang rumah dahulu. Saya pun pergilah menyelak langsir dan buka tingkap tapi sedikit sahaja. Meremang sangat pada masa itu tetapi saya cuba beranikan diri saya. Saya lihat tiada apapun, cuma dapat melihat anjing sedang menyalak ke arah sebuah pokok mangga yang ada di belakang rumah saya.


Suara tangisan tu masih lagi kedengaran. Lalu saya pun dengan segera tutup tingkap dan langsir. Saya pun pergi menuju ke arah adik lalu mengajaknya tidur sambil memberitahunya saya rasa tidak sedap hati. Adik bersetuju dan berkata bahawa dia juga rasa tidak sedap hati. Mujur tiada apa-apa yang kami nampak selepas itu, hanya mendengar saja. Sampai sekarang saya masih tidak dapat melupakan suara tangisan itu.


Terima kasih dan selamat malam...

710 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page