top of page
Search

Perkampungan Bunian?

Assalamualaikum KC,

Saya Iwan. Saya ada kisah pendek yang hendak dikongsikan berlaku pada tahun 2003. Kakak ipar saya merupakan orang Benut, di Pontian, Johor. Kalau musim durian, selalunya dia rajin ajak kami sekeluarga balik ke kampung dan makan durian sepuas-puasnya. Sejak mula bekerja pada masa itu, saya dah jarang ikut sama, tapi kebetulan pada masa itu merupakan hari cuti umum, jadi dapatlah saya ikut sama.


Kami semua menaiki satu kereta yang dipandu Abah. Dalam perjalanan masuk ke kampung kakak ipar saya, kami lalu di satu kampung yang nampak cantik dan bersih saja. Kelihatan orang-orang kampung di situ menjalankan rutin harian seperti biasa. Ada kenduri kahwin, ramai yang datang. Meriah saya nampak.


Laluan masuk ke kampung ini, di sebelah kiri dan kanan ada tali-air panjang, yang jadi sempadan setiap tanah dan rumah orang kampung. Dalam jarak satu batu laluan jalan tar ini, baru ternampak pintu gerbang Kampung Parit K (nama dirahsiakan). Kami pun disambut tuan rumah (ahli keluarga sebelah kakak ipar). Sambil memunggah beg-beg kami, saya berbual dengan abang saya.


"Bagus betul lah kampung ni eh, Acik... Tak macam dulu.... Yelah! Dulu nak ke jalan besar cuma tanah merah saja kan? Sekarang jalan dah tar. Senang sedikit! Dulu nak nampak orang-orang kampung ni punyalah susah. Masa ada kenduri kahwin macam tadi nampak juga kemeriahannya, kan?"


Abang saya kehairanan, "Kenduri kahwin?"


"Tadi tu... " saya berhentikan kata-kata apabila ternampak wajah abang berubah. Dia buat muka pelik.

"Mana ada kenduri kahwin? Mengarutlah kau ni!" dia tempelak balik pada saya.

"Tadi tu... kampung depan tu... sebelum sampai pintu gerbang..." saya cuba pertahankan apa yang saya nampak namun kurang berjaya.

"Kau tu dah lama tak ikut balik. Lupa lah tu! Dari jalan besar nak ke sini lepas gerbang baru ada kampung. Parit K ni saja lah satu-satunya kampung dekat sini. Apa daa..." jelas abang saya dengan nada mengeluh.


Alamak! Apa yang telah saya nampak tadi? Kalau bukan perkampungan manusia, adakah ia merupakan perkampungan bunian? Saya tersedar bahawa kebanyakan dari mereka yang saya ternampak pada awalnya berpakaian serba putih bersih.

Terima kasih KC...

1,799 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page