top of page
Search

Pontianak Ikut Sambut Perayaan Tahun Baru...

Hi KC,


Saya Bella dari Kuala Lumpur. Kisah ini berlaku ketika semua sibuk menyambut Tahun Baru 2019. Saya bersama pasangan saya pergi ke Putrajaya untuk melihat pertunjukan bunga api. Kami hanya duduk di jambatan Putrajaya hanya 10 minit kerana saya dah rasa tidak selesa. Untuk pengetahuan semua, saya memang ada pendamping keturunan, jadi saya mudah dapat melihat dan mendengar perkara-perkara yang pada dasarnya tidak boleh manusia biasa lihat atau dengar. Selepas habis menyaksikan bunga api, saya terus mengajak pasangan saya pulang.


Ketika berada di atas motor, saya tertidur. Selepas satu jam setengah, saya terjaga kerana rasa sangat lama berada di atas motor. Saya tanya pasangan saya, "Kenapa lama sangat? Kita berada di mana?" Pasangan saya menjawab, "Tak tahu sayang, tadi terlepas lorong, lepas tu, dah tak tahu mana dah kita tuju..." Jalan itu memang kami tidak pernah lalu sebelum itu. Sepatutnya daripada Putrajaya ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam paling kurang kerana kami menaiki motosikal dan lebuhraya tidak sesak pada waktu itu. Mungkin kami beredar sangat awal jadi jalanraya agak lengang.


Saya pun buka aplikasi Waze untuk pulang ke Kuala Lumpur. Setelah sampai ke Jalan Duta, kami berhenti di tol Jalan Duta untuk melepaskan hajat. Sejuk juga pada malam tersebut, maklumlah musim hujan dan pada awal malam itu memang hujan turun dengan lebat sebelum acara pertunjukan bunga api. Ketika sampai di tandas, saya tidak jadi masuk kerana saya rasa sesuatu tidak kena. Tandas itu nampak suram sangat seperti jarang digunakan. Sebab tidak tahan hendak melepas, saya pun beranikan diri masuk.


Ketika sedang membersihkan diri, saya rasa ada angin panas lalu atas tangan saya di dalam kubikel yang saya masuk. Saya cepat-cepat memakai seluar dan keluar. Kemudian pasangan saya pula masok dalam tandas untuk melepaskan hajat. Masa itulah saya terdengar tangisan seorang wanita. Bunyi itu datang daripada tingkap tandas belakang saya. Saya cuba tidak mengendahkan bunyi itu tetapi makin saya cuba, bunyi itu makin melalaikan seperti masuk ke dalam kepala saya. Bunyi tangisan itu seperti bergema dan melemahkan saya.


Selepas pasangan saya keluar, kami meneruskan perjalanan. Dah jauh sedikit daripada tandas itu, saya tanya pasangan saya sama ada dia terdengar apa-apa tadi? Pasangan saya menjawab tidak dan bertanya kenapa. Saya hanya mendiamkan diri sebab pasangan saya ni makhluk ghaib sangat suka dengan dia. Sudah beberapa kali ada "benda" yang ikutnya balik. Kami pulang dengan selamat, namun gangguan tidak habis di situ sahaja.


Esoknya ayah kepada pasangan saya berkata padanya "Kau bawa balik perempuan muda semalam!" Bakal ayah mertua saya kata begitu selepas pasangan saya baru bangun dari tidur. Kemudian pasangan saya hubungi saya dan bertanya apa yang saya nampak semalam ketika dalam perjalanan pulang. Dia bertanya sebab dia tahu yang saya boleh melihat dan mendengar bunyi makhluk halus. Saya pun ceritakan padanya apa yang terjadi dan kebetulan ada kakak cantik yang bertenggek di papan tanda berdekatan dengan tandas itu terbang mengikut kami pulang.

Saya memang tak mahu ceritakan padanya malam sebelumnya sebab tak mahu dia rasa takut dan risau dalam perjalanan pulang. Kadang-kadang dengan saya pun dia takut apabila muka saya berubah bila saya ternampak atau terdengar sesuatu.

Begitulah cerita saya KC. Assalamualaikum.

158 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page