top of page
Search

Rakan Sekelas Dirasuk & Mengamuk!

Assalamualaikum KC,


Saya Aiman, peminat Malam Seram dari Malaysia. Saya ingin menceritakan pengalaman yang menakutkan berlaku di sekolah saya kira-kira enam tahun yang lalu. Ketika itu saya berada di tingkatan empat. Saya mempunyai seorang kawan sekelas yang bernama Zack dan kisah yang akan saya kongsikan ini ada kena-mengena dengan Zack, lebih tepat lagi, beliau telah dirasuk dan mengamuk di dalam kelas!


Pada satu hari ketika saya dan rakan-rakan sedang belajar di dalam kelas bersama dengan guru, Zack telah meminta izin untuk ke tandas kerana rasa kurang sihat dan pening kepala. Sebenarnya sejak kebelakangan itu saya dan rakan-rakan yang lain berasa pelik dan hairan dengan Zack kerana dia kurang bercakap dengan kami atau dengan rakan-rakan dari kelas yang lain. Zack selalu bersendirian dan sering tidak fokus ketika guru sedang mengajar.

Berbalik pada kisah saya. Dia pun pergi ke tandas. Agak lama juga dia berada di dalam tandas. Selepas dalam dua puluh minit, Zack pun masuk semula ke dalam kelas tapi apa yang memeranjatkan kami, Zack kelihatan lain dari raut mukanya. Dia hanya tunduk memandang lantai, badan dan tangannya pula seolah-olah dikeraskan. Pada ketika itu kami sedang membuat perbincangan tentang tajuk yang cikgu ajarkan di papan hitam di hadapan.


Tanpa diduga, Zack pun masuk ke dalam kelas lalu melambungkan meja dan menebalikkan kerusi. Kami sekelas dan cikgu ketika itu sangat terkejut lalu cikgu mengarahkan kami semua keluar dari kelas. Zack seolah-olah sedang dirasuk oleh sesuatu ketika itu sambil bercakap yang bukan-bukan. Suaranya pun berubah menjadi sedikit garau. Zack membuat kacau di dalam kelas kami lalu keluar dan membuat kacau di sekitar kawasan sekolah, lantas mengganggu ketenteraman.


Saya dan rakan-rakan sekelas yang lain berkumpul di tapak perhimpunan. Kami dari jauh boleh nampak Zack mengamuk tak tentu pasal dan membuat kecoh satu sekolah. Pada hari itu pula tidak ramai cikgu yang berada di sekolah. Dipendekkan cerita, selepas hampir sejam lebih Zack membuat kecoh, salah seorang Ustaz di sekolah kami hadir untuk mengubati Zack.


Zack telah ke hulu ke hilir cuba untuk melepaskan diri kerana tahu dirinya akan dirawat. Kami seramai lima atau enam orang pun berjaya menangkap Zack dan cuba memegangnya. Namun, Zack meronta-ronta dengan membuat suara yang menyakitkan telinga kami, tenaganya pada ketika itu sangat-sangat luarbiasanya kuat. Ustaz tanpa berlengah membaca ayat-ayat suci. Lalu Zack meludah ke muka ustaz. Ustaz seolah-olah tersentak namun beliau meneruskan bacaan. Membaca dan membaca sehingga keadaan Zack kembali pulih.


Akhirnya kami rakan-rakan sekelas mendapat tahu ada saka di dalam badan Zack. Tapi tak pastilah samada dapat dipulih dan dibuang saka itu atau tidak. Kini kami semua dah berada di alam persekolahan yang lain, ada di antara kami pula yang dah mula bekerja kerana tidak mampu sambung pelajaran. Namun kenangan di sekolah dulu tentang episod kerasukan ini masih terpahat dalam ingatan.


Sekian terima kasih...

287 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page