top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Salam Aidilfitri Geng Momok!!!


Salam Aidilfitri Geng Momok!!!


Kami di Malam Seram ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Geng Momok sekelian yang beragama Islam, tidak kira di mana saja anda berada!


Terima kasih di atas segala sokongan, dukungan dan dorongan anda semenjak rancangan kami bermula secara rasmi pada 1 September 2019.


Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami dari segi persembahan sewaktu mengendalikan rancangan Malam Seram secara langsung di saluran YouTube kami, mahupun dalam pengendalian Live Chat pada setiap malam oleh moderator kami, dalam perhubungan bagi urusan jual beli produk Malam Seram, dan juga dari segi suntingan yang kurang memuaskan bagi kisah-kisah yang diketengahkan di blog Malam Seram oleh penyunting kami...


Semoga anda dapat menyambut Lebaran tahun ini dengan penuh bermakna dan selamat walaupun kami semua masih dalam keadaan berwaspada dan darurat di sana sini.


Kami sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anda semua dan berharap keadaan akan bertambah baik lagi agar kita semua dapat menjalani kehidupan dan sambutan Raya seperti yang kami harapkan...


Minal 'aidin walfa izin walmaghbulin... Kullun aamiin wa antum bi khair...

Taqaballahu minna wa min kum...


P.S. Blog Malam Seram akan kembali pada Isnin hadapan 17 Mei 2021

dengan kisah-kisah baru... Nantikan...





61 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page