top of page
Search

Saya Dihempap Ketika NS (Home Team Academy)

Kiriman emel dari Sam (bukan nama sebenar) Dari Singapura

 

Assalamualaikum KC, para penonton dan pendengar. Nama saya Sam jangan baca nama di email saya. Saya ingin berkongsi satu cerita berkenaan sewaktu saya berhidmat di police academy, HTA pada tahun 2014. Company saya adalah di Delta coy bunk level 2. (Untuk pengetahuan KC dan jangan sebut nama coy dan tingkat bunk kepada pendegar).

Waktu tu saya Ingat lagi satu hari suntuk buat latihan berlari, marching dan sebagainya. Kalau kc dan lain tahu yang pernah berkhidmat setiap malam sebelum tidur ada sesi dipanggil water parade. Water parade ini bila pagi sebelum mula kan latihan dan selapas habis latihan sebelah malam sebelum semua naik atas untuk berihat. Iaitu kita kena minum air setengah botol.



Saya Ingat lagi, malam tu betul punya penat. Saya pun lepas water parade, naik mandi dan terus masuk alam mimpi sebelum lights out. Jadi cerita nya mula disini.....

Bunk saya ada 10 katil. Semua nya single deck takda double decker bed. Kalau masuk dari pintu 5 katil sebelah kiri dan 5 lagi sebelah kanan. Saya punya pula sebelah kiri paling tengah iaitu katil no. 3. Sebelah katil pula ada almari kecil untuk kami simpan semua barang di dalam. Waktu tu saya terdengar seperti ada bunyi bising seperti macam water parade. Water parade selalu nya ada company cheer. So satu coy tu bising la. Saya terdengar seperti itu. Saya pun lalu terbangun. Bila terbangun saya seperti kena hempap tidak boleh gerak dan bunyi bising tu sudah hilang. Cuma dengar kipas sahaja.


Saya sebelum ni dirumah pun Sering kena hempap semasa tidur Jadi ini benda da Jadi normal buat saya. Saya pun baca ayatul kursi dan setelah habis baca saya dapat rasa ada tangan besar tarik kaki kanan saya. Masa tu saya belum bukak mata. Bila benda tu tarik kaki saya, saya pun bukak mata dan saya ni macam kena tarik kebawa dan makin kebawa. Saya pun ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR. Saya tidak boleh pekik atau bercakap tapi saya cuba jugak walaupun macam bisik ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!! Setelah itu tangan tu pun mula lepaskan kaki saya. Saya apa lagi da boleh gerak Cepat cepat naik ke atas sudut katil duduk ketakutan. Saya pun tengok sekeliling semua nyenyak tidur. Waktu tu saya Ingater lagi jam menunjukkan 01.52am. Setelah 30mins terduduk mata saya pun give up la ngantuk sangat saya pun lalu tertidur.


Note: Dalam penjelasan saintifik ini adalah Sleep Paralysis (kegagalan otot untuk berfungsi buat seketika)

Apa yang terjadi lepas tu benda ni yang saya tidak boleh lupakan. Ini benar benar Jadi pada saya. Tak salah 2jam selepas saya terlelap, tiba tiba saya dengar satu bilik macam ada suara garau macam ada orang marah kuat sangat macam betul sebelah telinga saya. Macam biasa time tu saya tak boleh gerak kena hempap. Tiba tiba kc benda tu tolak saya laju sampai saya kena terhantuk dekat almari sebelah katil saya. Lajut dan kuat sangat! Kedepang! Sakit kepala saya. KC, saya tak tahu macam mana nak mintak tolong sebab mulut ni pun tak boleh bukak dan bercakap. Saya pun buka mata perlahan lahan, saya ternampak di depan katil saya adalah katil buddy Saya, saya nampak ada lembaga hitam sangat sangat yang seperti susuk tubur orang, ada dihadapan katil buddy saya, dia lari ke arah saya laju dalam sekelip mata, jarak hanya 20m KC! Saya tutup mata pekik ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR! Suara tak keluar tetapi saya cuba juga. Last last saya baca ayatul kursi makan masa untuk saya dapat bergerak akhirnya saya berjaya. Saya terus tarik selimut ketakutan tak tidur sampai subur sebelum water parade.



KC saya tak cakap bohong ini la pengalaman saya sewaktu di HTA berkhidmat untuk Negara. Saya bagitahu kawan kawan ada yang percaya ada yang tak. Terpulang la masing masing saya tahu ini betul berlaku pada saya. Alhamdulillah 6 bulan disana sekali je kena ganggu. Ada juga sewaktu di rumah sering kena hempap. Satu kali tu saya tidur di living room seorang diri. Saya terdengar ada 3 orang baring sebelah saya lepastu 3 tu ketawa among them. Saya bukak mata tetapi tidak boleh bergerak, mata saya saja boleh gerak ke kiri dan kanan. Saya ternampak bayang ada 3 benda iatu 2 di sebelah kiri 1 di kanan saya ketawa tak henti. Ada juga satu malam saya tidur dihempap buka mata ada satu lembaga jarak 20m dari kiri saya. Saya tutup mata bukak lagi dia makin dekat jarak 10m. Tutup mata bukak lagi kali ni saya bukak mata perlahan lahan dia berada betul betul sebelah saya! Saya terus pengsan!


Itu sahaja. Wish you all the best kc malam seram the best!

Terima kasih kerana kongsi pengalaman dan Selamat malam dari Sam.


Adakah ini gangguan Jin atau Sleep paralysis?

2,046 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page