top of page
Search

Saya Penerima SAKA Moyang

Kiriman emel dari Azrul Asal JB Malaysia


Kisah yang akan saya kongsikan ini berkaitan dengan saka daripada moyang saya. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Jin ini kehidupan mereka seperti kita, ada keluarga, anak-anak, tempat tinggal dan sebagainya. Saya secara jujur terpaksa menerima saka daripada moyang saya iaitu saka harimau putih, saka ular hitam, saka nenek kebayan dan saka pontianak.



Jujur saya cakap jikalau ada orang berniat jahat kepada saya, mereka akan diganggu oleh saka peliharaan saya. Dahulu waktu saya kecil nenek saya pernah ceritakan kepada saya dimana moyang saya ini waktu kecil dahulu (perang dunia ke dunia) dimana tentara jepun ini datang dan membuat kerosakkan kepada tanah melayu. Jadi moyang saya ini terpaksa menyorokkan diri dia di sebuah tempat iaitu di dalam botol kaca. Dia menggunakan jin (saka ular) untuk mengecilkan diri dia supaya dia boleh masuk ke dalam botol kaca tersebut. Moyang saya yang kedua pula yang memiliki saka harimau putih ini pula dia memiliki 8 ekor harimau di mana telah di agih kan kepada setiap anak-anak dia. Fungsi harimau ini jikalau saya gunakan hanya beberapa peratus sahaja dia akan lindungi saya, akan tetapi jikalau saya gunakan sepenuh kuasa dia. Saya boleh mematahkan tulang pihak lawan tanpa sentuhan.


Saya cuba untuk buang saka-saka saya ini. Banyak tukang ubat serta ustaz cuba bantu saya buang tapi tidak berhasil. Jadi saya berhenti beri mereka makan (saya ingatkan kalau saya tak bagi mereka makan, saka-saka saya akan mungkin mencari tuan lain. Tapi saya silap kerana ia membuat mereka jadi marah hilang kawalan. Badan saya kene cakar, ketika tidur saya cekik, yang paling teruk bila saya menungang basikal tiba-tiba handel basikal boleh patah dan saya hampir kemalangan.

Pernah saya bermimpi saya dikelilingi saka-saka peliharaan saya yang mahukan beberapa benda antaranya seperti darah. Ini mungkin syarat untuk saka saya berhenti dari memakan diri saya. Saya tahu saya tidak mampu menyajikan permintaan mereka jadi saya cuba peljari ilmu benteng. Hampir 18 bulan saya belajar silat benteng ini dengan guru saya di sebuah kampung di segamat. Alhamdulillah dengan ilmu benteng ini saya dapat menghalang saka-saka saya memakan diri saya dan sekaligus menyelamatkan nyawa saya. Walaupun saka ini tidak boleh mengapa-apakan saya kerana ilmu benteng ini saya masih lagi diganggu oleh mereka. Adakalanya pada waktu malam saya akan terkena gangguan dari mereka seperti terdengar orang memberi salam, bunyi ketuk pintu dan bermacam lagi. SAKA, ada yang diterima dengan rela, ada pula yang dipaksa dan terpaksa dan ada pula yang tidak tahu mereka memilikinya. Nasihat saya jin akan sentiasa bersedia untuk menyesatkan kita berubatlah dengan yang betul dan jangan buat janji dengan jin kerana boleh membawa maut.



Disclaimer: Cerita yang anda baca mungkin dibuat-buat dan mungkin benar-benar berlaku. Bacalah dengan minda yang terbuka dan jangan terlalu mudah percaya, jangan terlalu taksub dan jangan juga menolak ia kemungkinan boleh berlaku. Rujuklah pada pakar yang arif dan yang bertauliah.

4,749 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page