Assalamualaikum KC dan pemabaca blog Malam Seram,
Nama saya Yannis dari AMK. Kisah yang saya ingin ceritakan terjadi lebih tiga belas tahun yang lalu semasa saya masih tinggal bersama keluarga saya di Bukit Batok.
Saya berkongsi bilik dengan kakak saya. Kakak jarang sekali pulang ke rumah. Kalau dia pulang pun mesti paling siang, selepas waktu Subuh. Pada satu malam, dalam kira jam 3 atau 4 pagi, saya tersedar dari tidur. Katil yang saya baring pada waktu itu merupakan jenis "queen-sized" dan saya di bahagian yang berdekatan dengan tembok bilik.
Apabila saya tersedar, saya masih memandang tembok. Di masa yang sama, saya rasakan seperti ada seseorang lagi di dalam bili. Dalam hati saya berkata, “Ahhh, kakak baru balik lah tu...” Sambil itu, tangan saya mencari telefon bimbit saya, lihat di skrin baru jam tiga lebih pagi. “Eh, siang nah kakak balik?” tanya hati saya lagi. Saya pusing ke belakang ingin menegurnya, dengan rasa hairan kakak tidak kelihatan. Saya buat tidak endah, fikirkan agaknya hanya perasaan saja. Lalu saya pejamkan mata untuk sambung tidur. Sambil menutup mata menunggu diri untuk lelap, saya rasa seperti ada orang sedang duduk di belakang saya, di ruang sebelah mana saya tidur. Kalau ada seseorang yang duduk di atas katil, katil itu akan menurun. Itu yang saya rasa. Bahagian katil belakang saya terturun ibarat seperti ada orang sedang duduk. Saya yakin, tiada orang lain yang masuk bilik kerana tiada bunyi pintu dibuka atau ditutup. Terus bulu roma saya naik secara automatik. Hati berdegup kencang sangat. Dalam hati berkata, “Ya Allah, kenapa lah saya berperasan sebegini?” Saya sudah tentu tidak mahu pusing untuk periksa apa atau siapa di belakang. Saya istighfar, membaca doa apa-apa yang saya tahu. Dengan tidak saya sedar, saya akhirnya tertidur semula dalam ketakutan.
Keesokan hari, saya bangun dan kakak masih tiada di dalam bilik. Saya menghantar pesanan Whatsapp dan bertanya di mana dia berada. Dia membalas dan berkata dia bermalam di rumah Mak Long kami. Sehingga hari ini, saya tidak beritahu kesemua ahli keluarga saya apa yang terjadi pada malam itu.
Itu saja kisah seram saya. Agak-agak apa atau siapa yang duduk di atas katil saya? Atau benda itu tidur bersama saya sepanjang malam? Terima Kasih!
Comments