Search

Siapa Yang Berjalan Pulang Bersama?

Assalammualaikum KC,


Nama saya Dewi. Saya seorang bekas pelajar di sebuah sekolah di Bukit Batok. Saya ingin menceritakan sebuah pengalaman yang saya tidak boleh lupakan dan selalu teringat apabila saya hendak balik rumah pada lewat malam. Tahun 2017, saya telah dipilih untuk menyertai satu program mencungkil bakat. Masa latihan kami pada waktu itu, selalu mengambil masa waktu yang sepatutnya saya ulangkaji pelajaran dan juga masa bersama teman-teman selepas sekolah. Latihan kami terletak di sebuah akademi berdekatan dengan Stesen MRT Mountbatten. Di situ juga ada beberapa deretan rumah yang sudah tidak berpenghuni.


Satu malam, latihan saya berakhir hampir pukul 8:45 minit malam. Selalunya saya akan terus pulang ke rumah kerana ada bas yang sampai betul-betul di perhentian bas depan rumah saya dari akademi tersebut. Oleh kerana saya terlalu letih, saya lepak bersama rakan-rakan tarian saya terlebih dahulu. Kami pun duduk di sebuah pondok kecil di dalam akademi tersebut sambil berbual tentang tarian yang kami ingin persembahkan nanti dan topik-topik lain.


Saya melihat jam sudah pukul 9.30 malam. Saya hendak balik rumah jadi saya minta salah seorang rakan saya untuk temani saya berjalan ke perhentian bas. Sebelum beredar, saya beritahu rakan saya, Han namanya agar tunggu sebentar sementara saya ingin ke tandas. Dia pun tunggu di luar tandas. Setelah saya habis melakukan yang perlu, saya melihat kawan saya sedang menunggu di luar tandas. Kami pun berjalan pulang.


Untuk ke stesen MRT dan perhentian bas, kami harus jalan melalui beberapa blok yang sudah terbengkalai, tidak berpenghuni dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang tinggi. Pada masa itu suasana gelap dan sunyi. Tiba-tiba, saya ternampak cahaya lampu di salah sebuah tingkap. Saya pun tegur dan menunjuk ke arah tingkap tersebut. Kawan saya memukul tangan saya dan memarahi saya, "Eh kau serius ah? Asal kau tegur?!" Saya pun minta maaf.


Apabila berjalan di bawah sebuah pokok, kawan saya tiba-tiba terhenti dan menunduk kepalanya. "Eh kau ok tak? Jangan takutkan aku weii..." Saya berkata. Kawan saya terdiam. Saya menepuk bahunya tetapi tidak ada tindak balas. Saya melihat waktu di jam sudah lewat malam. "Bro, aku terpaksa balik dulu. Apa-apa picit..." saya berkata lantas terus meninggalkannya di situ keseorangan diri.


Saya berjalan dengan cepat sambil melihat ke belakang untuk melihat si Han. Dia masih berdiri tercegat di situ! Apabila saya sampai di Stesen MRT Mountbatten, saya ternampak Han! "Dewi! Lamanya kau pergi tandas! Kau pergi mana? Dah nak dekat 20 minit aku tunggu..." Saya terperanjat lalu berkata, "Bukan ke kau dekat... bawah pokok?" Han membalas, "Bawah pokok apa? Aku dari tadi kat sini! Tunggu kau pergi tandas punyalah lama. Aku jalan dulu lahhh..."

Saya terus rasa keliru dan takut. Saya asyik terfikir, siapa yang menemani saya pulang selepas saya pergi ke tandas?


Itu saja KC. Saya harap pengalaman ini dapat dikongsikan dan dapat memberi pesanan agar jangan pulang lewat malam...

105 views0 comments

Recent Posts

See All

Bunyi Batu Dicampak Ke Tingkap Bilik Tidur

Assalamualaikum KC, Saya Rina. Saya ada pengalaman peribadi yang ingin saya kongsi bersama para pembaca blog Malam Seram. Saya tinggal di kawasan barat Singapura, berdekatan dengan Brickland Road. Kej

Mimpi Ditindih

Assalamualaikum KC dan pembaca blog Malam Seram, Nama saya Ilya. Saya pernah ditindih ketika mengalami demam panas. Elok-elok saya boleh tidur dalam bilik, sekarang saya sudah tidak berani tidur dalam

Suara Menggigil

Assalamualaikum KC, Saya berasal dari Perak, Malaysia. Nama saya Fiza, berumur 34 tahun sekarang. Peristiwa ini berlaku ketika umur saya enam belas tahun (Tingkatan 4) di salah sebuah sekolah asrama d