top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Siapa Yang Mak Saya Hubungi?

Assalamualaikum KC,


Saya Adik, berasal dari Segamat, Johor, tapi sekarang saya menetap di Sepang, Selangor. Saya hendak kongsikan satu cerita tapi tidak tahu cerita ini seram ataupun misteri. Cerita ini tentang mak saya dan berkaitan dengan saya. Begini ceritanya.


Kita semua tahu di Malaysia mempunyai beberapa syarikat perkhidmatan pembekal dalam talian dan telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan sebagainya. Kadangkala kita tahu bila kita dail nombor kita banyak kali, kemungkinan ada orang lain yang menjawab. Cerita yang terjadi pada saya bermula ketika saya ingin menghantar pesanan mesej menerusi aplikasi Whatsapp dengan mak saya.


Dalam pesanan Whatsapp macam biasalah bergurau senda, bergosip antara anak dengan mak. Selepas itu mak saya berkata dia hendak hubungi saya, maklum saja orang tua, hendak menaip rasanya lambat. Dahlah matanya rabun, tak nampak huruf dengan berapa jelas. Saya pun memberitahu mak saya yang saya akan tunggu panggilannya.


Tunggu punya tunggu, panggilan tidak tiba-tiba. Selepas itu saya hantar pesanan mesej Whatsapp bertubi-tubi bertanyakan pada mak saya kenapa tidak hubungi saya? Mak saya kemudian menjawab, yang dia hendak tidur. Saya rasa tidak berpuas hati, saya menyuruhnya hubungi saya. Mak saya kemudian menghubungi saya, "Kan tadi Umie dah call awak..." Saya terdiam. Saya bertanya lagi, "Siapa yang Umie hubungi? Dari tadi Adik tunggu..." Mak saya terdiam.


Seelah beberapa ketika, Mak saya berbisik, "Tadi Umie dah hubungi Adik. Adik angkat telefon lepas tu, Umie cerita semua yang Umie nak sampaikan. Bila Umie ceritakan, awak mengiakan semuanya. Lepas tu dia suruh Umie tidur. Itu yang Umie balas Whatsapp awak cakap nak tidur." Saya hanya terdiam, tak tahu hendak cakap apa. Saya kemudian bertanya mak saya, cara orang itu bercakap macamana, samada dari suara orang itu kemungkinan dia sedang baring ke atau kepalanya sedang menunduk ke apa.


Mak saya pun memberitahu saya suasananya macam sunyi sedikit. Suaranya pula seperti kepalanya ditundukkan, jadi suaranya macam tenggelam. Di latar belakang pemanggil di hujung talian kedengaran orang sedang ketawa. Mak saya ingatkan kawan serumah yang menyewa seperti saya. Kuat suara ketawa itu. Mak saya pun menitip salam kepada kawan "saya" tetapi "saya" tidak menyahut dengan ucapan "Insya Allah" atau sekurang-kurangnya dengan ungkapan "Baiklah".


Kebetulan masa itu saya sedang bercuti dan saya tinggal seorang diri di rumah itu. Mak saya pun seorang diri di rumah. Kami berdua dah mula ketakutan. Mak saya terus berkata, "Dahlah Dik, Umie nak tidur. Jaga diri awak baik-baik..." Saya apa lagi, lepas matikan panggilan mak saya, saya hidupkan motosikal pergi ke tempat kerja kawan serumah saya dan tidur di dalam keretanya yang berada di tempat kerjanya.


Itulah cerita saya, terima kasih kerana sudi ketengahkan...

842 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page