Selamat malam KC,
Saya Radit dari Batam, Indonesia. Saya ada kisah tentang semasa saya berada di sebuah pulau yang terletak di Kepri.
Saya tak ingin beritahu nama pulau itu, takut nanti ada orang yang tinggal di sana mendengar.
Ketika itu saya ditugaskan bersama ayah saya bekerja di sebuah kapal boksit (sejenis batu mineral)
dan jikalau saya naik kapal untuk bekerja, pasti kami akan menginap di pulau tersebut.
Jadi saat saya pergi ke pulau tersebut, saya menginap untuk sehari kerana esoknya saya naik kapal tersebut dari pulau itu.
Apabila saya sampai sekitar waktu petang tidak berlaku apa-apa. Namun apabila tibanya waktu malam, perkara aneh mula terjadi
jam 12 malam. Bekalan elektrik terpadam kerana menggunakan alat mesin penjana elektrik yang mungkin diberhentikan atau bekalan minyaknya sudah habis.
Waktu jam 12 itulah saya terasa lapar, kawan-kawan yang lain pula sudah tidur.
Jadi saya pergilah ke dapur untuk makan dalam keadaan gelap yang dibekali lampu dari telefon bimbit saya.
Lauk di dapur pula tinggal seketul ayam sahaja, jadi saya makan saja apa yang ada. Memang perasaan takut belum ada. Selepas makan
saya letak sisa tulang ayam di tepi pintu dapur, konon untuk kucing yang berada di dalam rumah tersebut dan terus masuk ke dalam bilik untuk tidur.
Apabila saya baru hendak tidur mulalah perkara aneh yang berlaku
seperti kedengaran ada orang berjalan di dalam rumah tersebut. Rrumah di pulau ini jenis rumah panggung di tepi laut.
Saya cuba untuk melihat dengan rasa penasaran.
Tatkala saya jalan perlahan-lahan, saya terdengar suara seperti patahan ranting,
jadi saya intiplah dari pintu bilik saya. Saya tersentak kerana saya terlihat di tepi pintu dapur di mana saya letak sisa tulang ayam ada sosok putih sedang menjongkok dan melahap tulang ayam tersebut!
Saya lihat sosok itu seperti seorang wanita yang berambut panjang dan penglihatan saya itu diterangi oleh cahaya bulan.
Saya langsung tutup pintu bilik itu dan berlari ke tengah-tengah bilik tidur saya di mana kawan-kawan saya semua sedang tidur.
Saya tidak berani untuk membuka mata.
Keesokan harinya, saya demam dan berniat untuk tidak bekerja,
takut berlaku lagi kejadian tersebut.
Terima kasih kerana mengetengahkan kisah saya ini...
Comments