top of page
Search

Suara Mengilai Di Kawasan OCH...

Assalamu'alaikum KC dan Geng Momok,


Nama saya Kimi dan saya ingin menceritakan sebuah kisah misteri yang berlaku pada ayah dan rakan-rakannya beberapa tahun yang lalu. Ayah saya telah diupah okeh rakan-rakannya untuk membawa mereka pergi "ekspedisi seram" menggunakan lori besar sepanjang 24 kaki. Setelah berbincang untuk ke tempat-tempat yang hendak dikunjungi, mereka membuat keputusan untuk pergi ke Tanah Perkuburan Pusara Abadi.


Pada mulanya masuk semuanya okay sahaja, tidak ada pendengaran atau penglihatan yang pelik-pelik. Tiba pada satu saat ketika semua sedang berborak sambil ketawa, kedengaran seperti ada bunyi hentakan di atas lori seperti ada sesuatu yang melompat di atas lori. Pada masa itu kesemua yang ada di situ terdiam dan tanpa memikir panjang, mereka meneruskan perjalanan seterusnya ke Hospital Lama Changi pula.


Tiba di Hospital Lama Changi, mereka diberi "sambutan" oleh seekor burung yang amat besar sekali yang terbang di atas kepala mereka dari satu pokok ke satu pokok. Mereka cuba untuk tidak berapa endahkan. Ini yang terjadi misteri buat semua selepas ini. Ketika kesemua sedang berbual-bual, ada yang merokok, ada yang sedang mengambil gambar atau membuat rakaman video kawasan sekeliling, tiba-tiba salah seorang dari rakan ayah terdengar bunyi tangisan perempuan. Dia memberitahu yang lain termasuk ayah untuk mendengar dan betul semua mendengar bunyi tangisan itu.


Dari keadaan yang agak kecoh, semua tiba-tiba senyap. Bunyi tangisan itu hampir dua minit sebelum ia bertukar kepada nyanyian yang amat sayu dan selepas itu ia mengilai!. Bunyi suara mengilai itu dapat didengar oleh semua rakan-rakan ayah yang pada itu sedang kelam-kabut naik ke lori semula. Ayah pada mulanya tidak percaya lalu berhenti seketika kerana ingin mendengar dengan betul.


Selepas ayah mengenal pasti bunyi mengilai itu, dia pun dengan pantas menaiki lori dan membawa semua keluar dari tempat itu. Mereka tidak pulang terus kerana takut diikuti makhluk yang tidak diingini. Mereka singgah di kedai makan dan pulang sesudah waktu Subuh. Itu saja pengalaman yang amat seram yang terjadi pada ayah dan rakan-rakannya.


Sekian terima kasih...


P.S. Nota dari penyunting:


Mohon kiranya kalau kita mengunjungi tanah perkuburan agar kita menjaga adab dan tatasusila. Kurangkan perbualan dan janganlah kita berjenaka dan ketawa. Perbanyakkan bersedekahkan ayat-ayat suci pada mereka yang telah kembali ke pangkuan Illahi kerana satu hari nanti kita juga akan berada di sana...

132 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page