Assalammu'alaikum,
Nama saya Nana dari Choa Chu Kang. Saya ada pengalaman nak diceritakan.
Pengalaman ini terjadi pada saya pada tahun 2017. Saya dulu suka tidur lewat. Pukul 3-4 pagi baru saya lelapkan mata. Mak saya selalu pesan jangan selalu tidur lewat, tapi saya berdegil juga. Malam-malam suka berbual di telefon dengan kekasih saya sampai lewat malam di balkoni rumah.
Saya suka duduk di balkoni sebab berangin dan ruang balkoni saya tidak bertingkap setakat dipasangkan jeriji sahaja. Ruang itu mempunya pintu bergerak untuk menutup kawasan balkoni itu. Saya setakat duduk di kerusi tinggi dan duduk berdekatan dengan jeriji tingkap, jadi dapatlah rasa angin malam.
Pada satu malam sedang saya berbual dengan kekasih saya, pada sekitar pukul 2 pagi tak silap, sedang berbual dan tertawa, tiba-tiba saya terdengar suara wanita menangis. Bunyi tangisan tu sungguh sayu. Saya terus terdiam seketika, kekasih saya terus bertanya saya okay atau tidak. Saya cakap saya okay. Saya buat tak endah dengan suara tangisan itu sebab mungkin orang di bawah blok.
Untuk pengetahuan semua, saya tinggal di tingkat 2. Kalau ada orang di bawah blok berbual, dari balkoni rumah saya boleh dengar. Saya sambung berbual lagi. Tak sampai 10 minit, suara itu kedengaran lagi. Saya pun apa lagi, terus masuk ke dalam rumah, tutup pintu bergerak, dan terus masuk ke bilik. Selepas itu saya cakap dengan kekasih saya esoknya saya akan ceritakan apa yang jadi. Kami letak telefon dan terus tidur.
Keesokan harinya kekasih saya menghantar kiriman Whatsapp dan tanya saya apa yang terjadi pada malam semalamnya. Saya pun memberitahunya apa yang terjadi. Sebenarnya, kekasih saya pun terdengar juga suara tangisani tu, tetapi dia tidak mahu menakutkan saya. Mulai hari itu saya tidak tidur lewat lagi selepas apa yang terjadi pada saya.
Terima Kasih. Assalammu'alaikum.
Seramm. Suami saya baru mengalami pengalaman yang sama semalam dalam jam 5 pagi. Saya beritahu dia mungkin jiran atau orang di bawah menangis sebab kita tinggal tingkat 3 jadi memang boleh dengar suara orang bawah.. Allah knows best!