top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Susuk Tubuh Dalam Gerabak MRT...

Selamat Malam Seram!


Saya Andy, hendak berkongsi kejadian misteri di kawasan tempat kerja saya di salah sebuah depot keretapi gerak cepat di Singapura. Tak perlulah saya kongsikan di daerah mana tempat kerja saya ini kerana ada beberapa tempat yang serupa di seluruh kawasan Singapura.


Saya bertugas sebagai seorang teknisyen. Kejadian ini berlaku ketika saya bekerja pada syif sebelah malam. Kejadian ini berlaku di dalam sebuah gerabak keretapi yang berada di depot yang saya bertugas. Pada setiap malam memang menjadi lumrah tugas saya untuk membuat pemeriksaan teknikal ke atas semua keretapi yang kembali ke depot. Memang setiap malam keretapi akan kembali ke depot setelah tamat waktu sistem keretapi gerak cepat beroperasi.


Ketika itu jam menunjukkan pukul satu pagi dan saya masuk ke dalam sebuah gerabak keretapi sambil membuat pemeriksaan dari hujung ke hujung. Sedang saya berjalan dalam gerabak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi ketukan dari luar tingkap. Saya tersentak lalu terhenti seketika. Saya menoleh ke arah bunyi tadi tapi tidak kelihatan apa-apa di luar. Saya rasa mungkin ada sampah yang terbang akibat angin yang kuat di luar, lalu terkena kaca tingkap gerabak keretapi. Saya pun sambung jalan.


Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan lagi. Saya buat tak endah dan tak mahu fikir yang bukan-bukan. Bila selesai tugas saya di keretapi tersebut, saya pun mematikan lampu dan kuasa elektrik di dalamnya, lantas berjalan ke luar pelantar. Sambil berjalan saya ternampak ada susuk tubuh sedang duduk menghadap di bahagian dalam salah sebuah gerabak keretapi yang saya membuat pemeriksaan tadi, sambil memandang ke arah pelantar tidak jauh dari saya.


Saya pun terperanjat dan hairan kerana macamana boleh ada orang sedangkan sebelum keluar dari gerabak dan sebelum saya matikan lampu serta kuasa elektrik, memang tiada orang di dalam gerabak. Satu lagi perkara, selalunya ada emapt orang tukang pembersih akan membersihkan bahagian dalam gerabak keretapi, tetapi satu orang pun saya tak nampak dari awal tadi. Sehingga hari ini saya tertanya, makhluk atau benda apakah itu?


Sekian dan terima kasih...

148 views0 comments

Recent Posts

See All

Коментарі

Оцінка: 0 з 5 зірок.
Ще немає оцінок

Додайте оцінку
bottom of page