top of page
Search

Susuk Tubuh Di Rumah Jiran Yang Lama Dikosongkan...

Hai semua,


Saya Wesly dari Sarawak, Malaysia, ingin berkongsikan kisah yang saya alami sendiri. Kisah ini permulaan saya mengenali apa itu Pontianak / Hantu. Saya terlupa tahun berapa ia berlaku, kalau tak silap sekitar tahun 2004 atau 2005.


Ketika itu saya berumur belasan dan masa itu saya dengan saudara saya duduk di luar rumah melepak. Rumah saya berhadapan dengan rumah saudara saya. Masa melepak saya terasa nak sahut seruan alam kerana tak tahan. Saya pun pergi ke kawasan tepi rumah untuk buang air kecil.


Semasa saya sedang buang air, saya terpandang rumah kosong sebelah rumah saya. Saya ternampak depan pintu rumah kosong itu berdirinya susuk tubuh wanita berbaju putih lusuh dan berambut panjang memerhatikan saya. Kerana merasakan seperti saya melihat sesuatu yang pelik dan luarbiasa, saya pun menggosok mata untuk pastikan apa yang saya lihat, tetapi susuk tubuh itu tidak berganjak.


Meremang bulu roma saya cepat² buang air kecil, dan balik ke tempat kami melepak awal tadi. Saya beritahu saudara saya bahawa saya hendak pulang. Saudara saya marah dan bertanya kenapa hendak balik, sedangkan masih awal lagi. Saya berkata kalau mereka tidak mahu pulang, biar saya seorang saja yang pulang. Sewaktu saya pulang, saya tak pandang rumah kosong itu. Tangan dan badan saya memang menggeletar habis, sampaikan tak dapat buka pintu sebab terlampau takut.


Saya cuba tenangkan diri dan membaca surah-surah suci, baru pintu boleh terbuka. Keesokan paginya saya memang demam dan saya ceritakan dengan keluarga saya apa yang terjadi pada saya pada malam sebelumnya. Mereka memberitahu rumah itu terlampau lama dan kosong sampai ada benda lain yang menyinggah atau dah pun jadikan tempat tinggal.


Terima kasih!

141 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page