top of page
Search
Writer's picturePeminat Malam Seram

Tandas Asrama

Assalamualaikum KC,


Saya Tasya, berasal dari Johor dan kisah saya ini berlaku di sebuah asrama di Johor. Macam-macam pengalaman yang saya lalui ketika menginap di asrama ini tetapi ada satu pengalaman yang memang saya tidak dapat lupakan sehingga kini.


Perkara ini terjadi semasa saya berada di Form 1, baru saja masuk asrama dan belum lagi melalui acara malam orientasi. Dorm saya berada di blok paling belakang dan saya punya bilik mengkaji pelajaran di blok depan tapi terletak di sebelah hujung sekali dan memang sangat-sangat sunyi.


Semasa saya di Form 1, saya sangat rajin pergi belajar dan mengulangkaji pelajaran. Selalunya saya pergi awal seorang diri dan selalunya saya akan ditemani teman-teman dalam masa setengah jam kemudian. Di setiap blok, ada dua tangga di sebelah hujung kanan dan hujung kiri. Sebelah bilik mengkaji pelajaran merupakan bilik untuk pengawal keselamatan berehat. Di sebelah bilik itu merupakan tangga dan di sebelahnya ada tandas tetapi tidak digunakan.


Saya pelik juga kenapa tidak ada orang yang gunakan tandas tersebut dan pintunya sentiasa tertutup. Malah kalau dibuka, keadaan dalamnya agak malap. Saya pun tidak fikir bukan-bukan dan saya masuk juga sebab malas hendak pergi tandas di tingkat bawah sebab kena naik turun tangga. Ketika itu saya seorang diri di bilik mengkaji pelajaran. Kerana terasa tidak tahan hendak terkucil, saya masuk tandas yang dimaksudkan sebab ia paling dekat.


Pertama kali saya masuk ke dalam, saya seolah-olah terkesima kerana ia kelihatan begitu bersih sangat! Seperti tandas lain, ia mempunyai lima buah kubikel di dalam untuk buang air di sebelah kiri, dan di sebelah kanan pula merupakan lima lagi kubikel untuk mandi. Setiap kubikel mandi ini mempunyai cermin. Saya jalan keliling tandas, memang cantik sangat macam tidak pernah orang gunakan. Semenjak hari itu, saya menjadi pengunjung tetap yang selalu masuk tandas itu dan tidak ada sesiapa yang tahu.


Kali kelapan apabila saya keluar dari tandas tersebut, saya terserempak dengan pelajar senior yang memang sedang berjalan melalui luar tandas itu. Mereka semua terkejut nampak saya keluar dari tandas itu. Salah seorang dari mereka bertanya kenapa saya masuk tandas itu dan saya tak takut ke masuk seorang diri? Saya pun macam rasa pelik juga kenapa perlu rasa takut? Mereka pun menceritakan satu ketika dahulu ada seorang budak perempuan yang terkurung dalam tandas itu sepanjang cuti sekolah tetapi bila dicari tidak terjumpa. Semasa cuti sekolah baru jumpa mayatnya yang dah membusuk di dalam tandas tersebut. Dalam hati, saya rasakan apa yang saya dengar memang cerita yang sangat merepek.


Setelah beberapa hari, saya tidak lagi mengunjungi tandas itu tapi pada satu malam saya rasa macam hendak melihat tandas itu buat kali terakhir. Saya ajak kawan saya, Ziela, untuk temankan saya. Apabila kami membuka pintu tandas, saya tergamam sangat-sangat sebab apa yang saya lihat keadaan tandas itu tidak sama dengan masa mula-mula saya ceritakan pada awalnya. Sumpah saya tak tipu! Tandas itu cuma ada dua kubikel sahaja untuk buang air dan kubikel untuk mandi semuanya berkarat dan cerminnya kelihatan begitu buruk. Saya terus keluar and hendak lalu depan tandas itu pun dah tak mahu.


Beberapa bulan kemudian, saya sedang berjalan di belakang bangunan tersebut untuk jalan pintas ke bilik mengkaji pelajaran bersama Ziela. Waktu itu memang senja dan dah masuk pun waktu Maghrib. Tiba-tiba Ziela memegang tangan saya, dan terus menyuruh saya tunduk ke bawah dan membaca Ayat Kursi. Saya tahu dia mempunyai keistimewaan untuk melihat benda ghaib dan saya dah lali. Saya pun okaykan saja. Sampai di bilik mengkaji pelajaran baru dia cakap dia nampak ada budak yang sedang berdiri di belakang bangunan dan memakai baju sukan sekolah sedang memandang kami. Budak itu juga yang dia pernah nampak dalam tandas semasa dia temankan saya masuk ke dalam untuk kali terakhir.


Mungkinkah budak itu yang dimaksudkan pelajar senior yang menceritakan tentang kejadian misteri di tandas tersebut?


Sekian, terima kasih...


166 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
bottom of page