top of page
Search

Tangisan Misteri Terakam Menerusi Kamera Litar

Writer: Peminat Malam SeramPeminat Malam Seram


Klip video yang kemungkinan dipetik menerusi kamera litar di sebuah pusat atau gedung membeli-belah ini telah dihantar oleh saudara Suhaimi dan dikongsikan kepada kami di Malam Seram. Tiada perincian (seperti di mana tempat ia berlaku) yang diberikan melalui emel yang dihantar kepada kami, hanya yang dikatakan, kejadian ini berlaku pada 29 September 2019, merupakan hari Ahad.


Namun menerusi klip video sepanjang dua puluh saat ini, boleh kedengaran dengan begitu jelas suara misteri wanita seperti sedang meraung atau mengilai. Di masa yang sama, tangisan itu membuatkan kedua-dua wanita yang sedang berjalan di luar unit kedai atau pejabat ini tersentak dan bergegas berlalu pergi. Suara misteri apakah ini?

 
 
 

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
  • White YouTube Icon

© 2019 by Malam Seram.

bottom of page