top of page
Search

Terlibat Dalam Dunia Perbomohan (Bahagian Kedua)

Saya pun lantas balik ke KL pada hari itu juga. Apabila sampai di rumah, saya terus mandi dan makan seperti biasa tetapi rasa berdebar juga. Yelah betul ke tidak apa yang bomoh itu katakan? Saya pun menonton televisyen dan untuk seketika terlupa bahawa saya berjumpa bomoh pada siangnya tadi. Maklum saya memang tidak percaya dan menganggap bomoh itu temberang.


Sekitar pukul 12 malam, telefon bimbit saya berbunyi. Saya lihat di skrin telefon, bekas kekasih saya yang hubungi. Saya pun menjawab. Dia bertanya saya di mana dan apa rancangan saya pada malam itu. Saya katakan saya hendak masuk tidur. Setelah dia kata OK, saya anggap ia habis di situ saja. Sepuluh minit kemudian, pintu saya diketuk. Terkejut saya apabila melihat menerusi lubang pintu, bekas kekasih saya sedang berdiri di luar!


Dalam hati saya berkata, "Wow... Memang handal bomoh ni..." Saya pun membuka pintu dan tanya kenapa dia datang malam-malam. Dia kemudian merayu pada saya meminta maaf dan berkata dia rindu sangat dengan saya. Dia macam orang yang sedang sasau masa itu, macam tidak tentu arah dan kami pun berbaik semula. Dia memang kembali seperti dulu tapi bila ada isu yang buat kami bergaduh, dia akan kembali buat perangai lama dan akan tinggalkan saya.


Saya pula terpaksa berulang-alik ke rumah bomoh tersebut untuk perbetulkan semula masalah saya dengan bekas kekasih saya. Bomoh ini dah macam pakar terapis saya, semua benda saya ceritakan dengan beliau. Sampai satu tahap, satu hari semasa sesi berjumpa dengannya seperti biasa, bomoh itu menawarkan pada saya supaya melakukan sesuatu untuk buat bekas kekasih saya tidak akan lupakan saya sampai bila-bila.


Apabila saya bersetuju. dia memasukkan ikatan benang ke dalam gambar bekas kekasih saya itu tapi syaratnya tetap sama, tidak boleh bergaduh. Susah kadangkala hendak menahan kemarahan dalam perhubungan. Benda ini berlarutan lama seperti satu putaran roda, sekejap baik, sekejap bergaduh, sampai saya pula yang lama-lama memang tawar hati dan bosan sebab asyik bergaduh dan dia asyik tinggalkan saya.


Lama-kelamaan saya dapat terima hakikat yang saya lebih suka bersendirian dari berteman dengan seseorang yang acuh tak acuh dalam perhubungan. Sehinggakan saya sudah tidak kisah kalau dia hendak pergi, pergi lah. Saya banyak habiskan masa dengan kawan-kawan saya, jalan-jalan membeli-belah dan berhibur untuk hiburkan hati sendiri. Pada masa yang sama, saya masih berkunjung ke rumah bomoh tersebut tapi bukan untuk buat bekas kekasih saya kembali kepada saya, tapi untuk diri saya sendiri.


Saya seperti orang yang dah terlalu taksub dengan bomoh tersebut kerana apa yang diberitahu saya semua menjadi. Saya semakin bergantung harap pada beliau, hal kecil pun saya bagitahu juga. Bagi saya dia lah pakar penasihat saya yang paling dipercayai. Saya dah tidak kisah tentang cinta dan perhubungan lagi. Saya beralih arah dan kemaruk hendak berjaya dalam hidup serta menjadi kaya-raya.


Pada satu hari, beliau menawarkan saya memakai susuk. Susuk ini mengikut katanya, tidak perlu dikeluarkan kalau sudah tidah mahu dan mati pun tidak akan disiksa. Saya tak tahu betul ke tidak tapi itulah yang dia katakan pada saya. Namun tetap ada pantang-larangnya tapi tidak berat. Hanya pada tujuh hari pertama saja mesti mematuhi pantang, apa pantangnya, tidak perlulah saya perincikan. Selepas itu tiada pantang lagi.


Susuk yang digunakan menggunakan sejenis bunga dan daun. Daunnya halus seperti jarum, lima atau enam helai saya sudah lupa. Barangan itu memang beliau yang sediakan. Satu kelopak bunga tersebut akan dimasukkan ke wajah dan selebihnya harus dimakan. Daun itu pula akan dimasukkan di kening, di buah dada dan di kemaluan. Susuk ini akan menaikkan aura seri wajah, orang yang melihat kita akan suka dekat kita, suka melihat kita dan sesiapa yang saya tiduri akan merasakan kepuasan yang luar biasa, sentiasa tercari-cari dan sampai mati pun tidak akan melupakan saya.


(Kisah bersambung...)



403 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page