top of page
Search

Tidur Bersama Pocong

Assalamualaikum KC,

Saya ada satu kisah yang berlaku kepada rakan saya pada tahun 2010. Kejadian ini berlaku di sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Kawan saya seorang perempuan bernama Ika (bukan nama sebenar). Kisah ini bermula apabila ada satu karnival sukan antara universiti yang pada waktu itu universiti kami menjadi tuan rumah. Ika terpilih untuk menjadi ahli untuk sukan olahraga. Sebelum karnival berlangsung, pelajar yang terpilih untuk menyertai acara sukan ini diminta oleh pihak universiti untuk berada di kolej pada waktu cuti semester untuk mengadakan sesi latihan di mana semua pelajar lain akan pulang bercuti ke rumah.


Untuk memudahkan pengurusan pelajar, pihak kolej telah meminta agar pelajar yang terlibat untuk berpindah dari tingkat lain di kolej itu kepada tingkat satu supaya senang untuk warden memantau keadaan pelajar sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Ika tidak berbuat demikian disebabkan dia malas untuk pindah ke tingkat bawah, jadi dia ambil keputusan untuk tinggal di bilik asal di tingkat tiga. Yelah sebab perempuan, banyak pula barang yang hendak dibawa turun, penat pula nanti dah habis latihan nak dibawa pula ke atas.


Petang sebelum semua pelajar pulang ke rumah masing-masing, Ika merancang untuk keluar ke pusat membeli-belah berdekatan untuk lepak bersama kawan-kawan yang lain. Nanti dah mula sesi latihan dah tak ada masa untuk keluar melepak. Universiti kami memang dekat dengan salah sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka dan besar. Dari kolej boleh sampai dalam masa 10 minit kalau naik teksi. Untuk pengetahuan semua, dalam setiap bilik di kolej tersebut akan ditempatkan tiga orang pelajar dalam satu bilik. Ika mempunyai dua orang teman sebilik, seorang bernama Hasya dan seorang lagi bernama Huda (juga bukan nama sebenar).

Ika: "Hasya, Huda, aku nak keluar ke mall ni. Korang siap2-siapni nak balik kampung ke?"

Hasya: "Ah ah kejap lagi mak dengan ayah aku datang jemput..."

Huda: "Eh Ika kau kena tinggal di kolej kan? Kenapa kau tak pindah barang turun ke bawah dulu nanti kau balik lewat ni susah pulak..."

Hasya: "Yelah sementara kita ada kat sini boleh tolong kau pindah sikit..."

Ika: "Alah aku malaslah nanti nak kena pindah balik barang ke atas, aku tidur sini je lah sampai latihan aku habis..."

Huda: "Kau tak takut ke? Kan hari tu ada kes budak tingkat bawah ada nampak nenek tua berpakaian hitam semasa nak sidai kain?"

Ika: "Ah merepeklah kau ni, takde apa-apa pun. Ok aku keluar dulu nanti lewat pulak..."

Huda & Hasya: "Bye Ika..."


Ika pun keluar menuju ke pusat membeli-belah menaiki teksi. Selepas habis berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah itu sambil menonton wayang, beli sedikit keperluan harian, Ika pun pulang ke kolej. Waktu sampai di kolej dah lewat, dalam pukul 11 lebih. Bisik Ika dalam hati, "Penatnya keluar jalan-jalan seharian hari ni. Solat Isyak belum lagi tapi aku dah mengantuk sangat. Takpelah aku tidur dulu, kalau tersedar aku solat..."


Ika pun terus tidur tanpa tukar pakaian dan solat. Masa sedang nyenyak tidur, dalam pukul 2 atau 3 pagi, Ika tersedar dari tidur sebab dia terdengar seperti ada suara orang berbual di belakang. Untuk pengetahuan semua, dalam bilik ini ada satu katil perseorangan dan satu katil dua tingkat. Ika tidur di katil perseorangan dan dia tidur menghadap ke dinding. Dalam hati dia terfikir, "Eh kawan aku tak jadi nak balik kampung ke? Syukurlah boleh jadi teman aku duduk dari seorang diri dalam bilik ni..."


Ika ambil keputusan untuk berpaling ke belakang untuk melihat teman sebiliknya. Ya Allah, alangkah terkejutnya apabila pusing menghadap katil dua tingkat itu, nak tahu apa yang ada di bahagian bawah katilitu? Bila Ika membuka matanya, dia ternampak ada pocong sedang merenung tepat ke matanya. Kainnya macam terkena tanah, matanya merah menyala, muka hitam dan tersangatlah buruk. Ika terkejut, bila ternampak terus dia pejam mata dan mula membaca surah-surah suci Al-Qur'an. Tapi pada masa itu hendak membaca surah-surah pun dah menggeletar, baca pun dah tak betul.


Dalam sekitar masa lima belas minit Ika pejamkan mata, selepas habis membaca surah-surah yang dia ingat di kepala, dia cuba beranikan diri untuk membuka mata. Nak tahu apa yang terjadi seterusnya? Ya Allah bila Ika membuka saja mata, pocong yang tadi di katil dua tingkat itu telah berpindah ke katil Ika! Bila Ika buka saja matanya, pocong tersebut betul-betul berada di sebelahnya. Kali ini lebih dekat dan jelas rupanya yang hodoh itu. Bayangkan, ia boleh tenung dan senyum melihat Ika. Ika ambil keputusan untuk tutup balik matanya sampailah dia merasakan pancaran kesilauan. Rupanya matahari dah mula terbit. Pocong itupun dah hilang dari pandangan.


Sekian kisah saya. Assalamu'alaikum...

156 views0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
bottom of page