top of page
Search

Viking Bergerak Sendiri!

Salam KC, ni video dari adik saya. Kejadian ni berlaku di bulan March.


Adik saya bekerja sebagai manager di sebuah restoran segera di sebuah mall kecil. Dia terpaksa bekerja shift terakhir dan membuat closing kepada restoran tersebut. Pada masa itu, dia tidak keseorangan. Ada beberapa lagi krew yg sedang membersihkan bahagian dapur. Adik saya berada dibahagian dining.


Di depan mall tersebut pada masa itu ada sebuah karnival kanak2 yg kecil. Antara permainan yg diadakan ialah Viking kecil. Apabila dia sedang kusyuk membuat kerja, dia ternampak Viking itu bergerak kekiri, kekanan, dengan lajunya. Seperti ada yg menolaknya. KC bayangkan, jam menunjukkan pukul 3 lebih pagi dan semua kaki tangan karnival sudah pulang.


Adik saya merasa takut dan memanggil krew-krew yg berada di bahagian dapur untuk menemannya membuat kerja di bahagian Dining. Dia memberitahu krewnya tentang Viking yg bergerak dengan sendirinya. Apabila krew adik saya keluar untuk memerhatikan Viking tersebut, Viking itu tidak bergerak selaju tadi lagi. Mereka pun tergerak hati untuk mengambil video ini. Dalam video ni, KC boleh nampak bila Viking bergerak kekanan, akan ternampak benda berwarna putih.


Krew adik saya pun berjalan menuju ke arah Viking itu dan cuba menolak Viking tersebut tapi tidak berhasil kerana benda itu berat. Tak mungkin boleh bergerak sendiri tanpa menggunakan motornya. Mereka juga pergi melihat disebalik tembuk untuk memastikan jika tiada benda atau orang yg berada di situ.


Selepas itu, mereka semua berasa takut dan semuanya balik ke rumah adik saya.


Terima kasih kerana kongsi kisah adik saya! Orang west side confirm akan tahu Mall mana n

Bagaimana apa pendapat anda?

361 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page