top of page
Search

Wanita Misteri Menyentuh Bahu Saya!

Assalammualaikum KC,

Nama saya Shohibul, boleh panggil ibul sahaja. Saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Kejadian yang saya alami ini terjadi semasa umur saya tiga belas tahun. Ketika itu sayadi tingkatan satu. Umur saya pada tahun ini menjangkau dua puluh satu tahun. Saya memang ada deria yang boleh merasakan kehadiran sesuatu yang tidak boleh kita lihat, dan adakalanya boleh nampak.

Kejadian yang berlaku kepada saya semasa saya di dalam sesi petang waktu sekolah. Di Malaysia sesiapa yang bersekolah di tingkatan satu akan sekolah pada sesi petang. Kejadian berlaku di sekolah saya di blok A. Pada pukul 5:30 petang saya diarah guru Bahasa Inggeris untuk ke blok A iaitu blok tingkatan 2 untuk mengambil satu papan permainan iaitu Scrabble atau Sahibba dalam versi Melayunya. Semasa saya pergi ke blok A, semua pelajar tingkatan 2 ada program di dewan bawah, jadi yang ada hanya guru di blok A di tingkat satu.


Untuk pengetahuan semua, Blok A ada dua tingkat, tingkat satu pejabat dan bilik guru, manakala tingkat dua merupakan bilik-bilik darjah. Jadi saya pun naik tangga terus ke tingkat atas. Dalam perjalanan ke atas, bulu roma saya tiba-tiba meremang dan rasa seperti ada orang sedang memerhati. Tapi saya masih tidak fikirkan apa-apa masa itu. Sampai di atas, saya terus ke bilik darjah yang paling hujung. Saya masuk ke dalam dan terus mencari papan Scrabble yang dimaksudkan tadi. Guru saya memang sudah beritahu bahawa papan permainan itu ada di bawah laci meja murid, jadi saya pun membongkokkan badan dan berjalan sambil mengundur. Di barisan pertama tidak ada, saya pun pergi ke meja yang berada di barisan kedua. Benda yang sama saya buat, membongkokkan badan dan berjalan sambil mengundur.


Semasa saya mencari saya rasa saya terlanggar sesuatu. Saya terus menegakkan badan saya. Memang terkejut sangat waktu itu. Bapa saya ada berpesan kalau rasa sesuatu jangan terus pandang belakang, jadi saya pun jalan melalui pintu depan. Semasa saya keluar, saya ternampak sesuatu di pintu belakang bilik darjah, susuk tubuh seorang wanita berbaju kurung berwarna biru, berambut panjang dan ada kesan darah. Saya terdiam sambil mulut tidak berhenti membaca surah Al-Fatihah. Saya berjalan laju menuju ke tangga tengah. Semasa hendak turun tangga, saya ternampak wanita yang sama di tangga sambil melihat saya. Ketika itu saya rasa macam nak nangis. Saya terus lari ke tangga hujung dan terus ke kelas.

Saya sangkakan semuanya dah berakhir, tapi semasa saya balik dari sekolah jam 6:45 petang, saya akan melalui laluan kecil di tepi kubur dan ada satu pohon kekabu yang sangat besar. Saya keluar sekolah berjalan sambil terdiam. Keadaan saya yang diam membuatkan kawan saya yang berjalan dengan saya berasa pelik, kerana secara lazimnya saya seorang yang banyak bercakap. Sewaktu merentasi satu semak, saya rasakan seperti ada orang menyentuh bahu saya. Saya pelik lalu paling ke belakang untuk melihat siapa yang menyentuh bahu saya. Saya terlupa pesan bapa saya agar jangan menoleh. Apabila saya toleh, saya ternampak wanita yang sama! Saya terus memejamkan mata sambil membaca Ayat Kursi. Selepas kejadian itu, saya terkena demam panas selama dua hari.


Itu sahaja kisah saya. Sekian terima kasih!

122 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page